GEORGE TOWN- YB Soon Lip Chee, EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang mengumumkan bahawa beliau telah membuka akaun TikTok beliau supaya dapat menyalurkan informasi dan maklumat- maklumat terkini dan tepat kepada orang awam agar lebih terdedah kepada usaha dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam bidang belia dan sukan serta kebajikan masyarakat. YB Soon Lip Chee juga telah memuat-naikan video yang pertama di aplikasi TikTok untuk menggalakkan orang awam bersenam di rumah.
Dalam video tersebut, beliau telah menunjukkan empat gerakan senaman tanpa menggunakan apa-apa peralatan senaman dan memang senang dilaksanakan oleh semua orang. Menurut video tersebut, dengan gabungan kesemua empat senaman gerakan tersebut, ia dapat memberikan kesan maksimum untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan diri. YB Soon berkata bahawa salah satu matlamat inisiatif “Sukan Untuk Semua” adalah untuk memupuk tabiat bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Dengan empat gerakan senaman yang ditunjukkan dalam video TikTok YB Soon Lip Chee, beliau berharap semua orang boleh membina dan mengekalkan tabiat bersenam di rumah masing-masing.
“Berdasarkan SOP AM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 22 Mei 2021 dan Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Aktiviti Sukan dan Rekreasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 23 Mei 2021, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyarankan agar orang awam dapat melaksanakan aktiviti sukan dan rekreasi (terhad kepada sukan joging, berbasikal dan senaman secara individu sahaja) dalam waktu diantara 6.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja di taman kejiranan dan taman-taman awam yang dibenarkan dibuka atas faktor kesesuaian dan keselamatan.”
“Sehubungan dengan itu, orang awam adalah dinasihatkan supaya tidak menjalankan aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan di kawasan kejiranan atau mana-mana kawasan dalam daerah yang sama tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa selepas 8.00 malam.” “Pelitup muka adalah tidak perlu dipakai semasa menjalankan aktiviti sukan dan rekreasi. Walaubagaimanapun, pelitup muka hendaklah sentiasa dipakai sebelum dan selepas melakukan aktiviti sukan dan rekreasi.”
“Walaupun jogging, berbasikal dan bersenam dengan mematuhi penjarakan fizikal di taman adalah dibenarkan dalam SOP Majlis Keselamatan Negara, tetapi memandangkan situasi penularan wabak COVID-19 menjadi semakin serius, saya juga berharap semua orang boleh sentiasa kekal di rumah. “Dalam video TikTok saya telahpun membuktikan bahawa bersenam di rumah adalah efektif semacam dengan bersenam di luar. Di samping itu, dengan bersenam di rumah, kita tak paya membimbangkan masalah pemakaian pelitup muka dan boleh bersenam bila-bila masa di mana-mana tempat.” katanya.
Beliau berkata bahawa lebih banyak video akan terus dimuat-naikan di aplikasi TikTok beliau. Orang yang berminat boleh ikutinya di pautan https://vt.tiktok.com/ZSJaRQDUu/ untuk menonton video beliau serta mendapatkan pelbagai maklumat pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang terkini dan tepat.
















