Setiausaha Jawatakuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang Yeoh Chin Kah mengecam PBA menaik tarif air semasa rakyat berada dalam kesulitan semasa Covid-19. Beliau mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bangun dari tidur sekarang kerana rakyat sedang mengalami perlahanan ekonomi serta berusaha mencegah wabak Covid-19. PBA pula mencari alasan untuk menaik tarif air Pulau Pinang, yang tentunya akan menimbulkan kemarahan masyarakat.
“Kenaikan tarif oleh PBA sangat tinggi. Peningkatan bil air untuk pengguna isi rumah adalah antara RM3 hingga RM15 berdasarkan jumlah penggunaan air. 75% pengguna isi rumah akan terjejas.” Beliau berkata, kenaikan unit komersil ialah antara RM3 hingga RM18.80. Unit komersial dengan penggunaan air bulanan lebih dari 100 meter padu akan menghadapi kenaikan maksimum RM69.19. “Sebagai contoh, Encik Lim yang tinggal di George Town menggunakan 25 meter padu air setiap bulan, dan bil air bulanan sekarang adalah RM6.70. Setelah tarif air dinaikkan, bil akan menjadi RM16.50, peningkatan sebanyak RM9.80 atau kenaikan sebanyak 146%!”
Beliau berkata, para peniaga dan rakyat sedang menghadapi tekanan ekonomi dan masalah pengangguran. Kerajaan negeri harus memberi bantuan kepada mereka, dan bukannya mengecewakan mereka. “Pemeriksaan awam kenaikan tarif air ini sedang dijalani di laman web PBA www.pba.com.my. sehingga 6 Jun 2021. Rakyat Pulau Pinang sila mengemukakan bantahan anda secara dalam talian. ” Beliau berkata, rakyat harus bersuara untuk membangunkan kerajaan negeri Pulau Pinang dari tidur dan memberitahu mereka bahawa sekarang pastinya bukan masa untuk menaikkan tarif air.
















